Basmalah...

Friday, April 22, 2011

Abwabil Imtihan

Imtihan..Imtihan..Imtihan...Exam...Exam...Exam..Exam datang lagi...Malas terasa untuk belajar.. :(
Manusia, mudah lupa... Terlupa pulak exam ni perlu dilakukan bersungguh-sungguh since saya bersaing dengan non-muslim..Bila terfikirkan nape ye kita perlu belajar bersungguh-sungguh???Kenapa kita kena mendapatkan result yang terbaik??Untuk apa semua itu??Sedangkan kalau tak belajar bersungguh-sungguh tak dapat 4 flat pun masih lagi boleh mencari kerja yang halal...Asalkan dapat duit untuk menyara hidup..Tak perlukan duit yang banyak sedangkan boleh sahaja hidup besederhana asalkan lepas duit untuk keperluan harian...Hermm...Fikir...Fikir...Fikir...

Ampunkan dosaku Ya ALLAH..kadang ku terlupa..Perlunya aku belajar bersungguh-sungguh bukan untuk sesiapa, tetapi untukMU ya ALLAH..aku perlu berjaya, mendapat gaji sebesar yang mungkin, bukan untukku menikmatinya dengan membeli kereta mewah, rumah yang besar, sebaliknya untuk saudara seislam ku yang lain ya ALLAH yang masih miskin..Masih ramai saudaraku yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran, sedangkan aku diberi peluang olehMu leka dengan nikmat yang KAU berikan..Lupanya aku bahawa aku perlu belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat menewaskan orang-orang kafir luar sana, supaya aku wanita islam dipandang tinggi oleh agama lain bukan untuk membangga diri tetapi untuk membanggakan nama agamaMU.. Lupanya aku ya ALLAH, aku perlukan gaji yang besar supaya mudah aku menggunakan duit itu di jalan dakwahMu dan tidaklah ummatMU meminta dari agama lain..Malunya aku ya ALLAH...Aku lupa segala nikmat yang KAU berikan bukan untukku sahaja tetapi untuk dikongsikan bersama saudara-saudara seislamku..Lupanya aku bahawa telah Kau berpesan agar umat islam tidak boleh miskin untuk trus disegani.. ya ALLAH, ampunkan dosa ku kerana lali dan leka..mudah-mudahan aku dapat trus maju untuk membantu agamaMU ya ALLAH..love YOU..

Dengan sepanjang sebulan ni yang terlalu sukar ku rasakan KAU timpakan aku dengan pelbagai dugaan, aku terima ya ALLAH..yang pasti di setiap ujian dan dugaan MU itu, ada sebabnya...Love you ALLAH n my boyfriend MUHAMMAD s.a.w..Mudah-mudahan segala exam dapat dijawab dengan hati yang tenang dan ALLAH membantuku mengingati segala ilmu yang telahku pelajari.. Berilah kejayaan cemerlang untukku ya ALLAH dan juga kepada seluruh umat Islam yang sedang sama berjihad di medan peperiksaan.hanya untukMU ya ALLAH.. :)





0 comments:

Post a Comment