Basmalah...

Wednesday, January 2, 2013

aKU bANGKIT!!!

Salam,,,
lama x masuk sini,,,rndu,,hikhik...hari ni hari kedua tahun baru kalau ikut kalendar masihi,,,sedang orang smua berbahagia,,,,AKHIRNYA!!!!
Thank You ALLAH,,,
ALLAH dah tunjukkan siapa dia sebenarnya,,
DIA seorang lelaki,
tahfiz al quran,,
bakal doktor,,
ad rupa,,
dan keturunan juga baik,,
namun dia bukan jodoh untukku,,
AKHIRNYA,,,
6 tahun penantian bermakna,,
setelah puas memujuk untuk memberitahuku,,
akhirnya kau bgtau jugak mmang kau da ad orang lain kan,,,
tahniah...
AKHIRNYA aku tahu jugak yang hati kau dah dimiliki orang lain,,
Terima Kasih kerana buat saya begini,,
Selama setahun saya menyepikan diri dengan bersangka baik saya masih ingat awak lelaki yang sama saya kenali dulu,rupanya manusia berubah,,
ALLAH tau niat saya,,
:( :'( Lagi nak sorok nak bagitau lepas kahwin,,,,waaaaa,,,,ingat saya xde perasaan ke???mmang saya xde perasaan,,,sebab selama ni saya terlalu bersabar,,macam2 awak buat kat saya, tapi saya x pernah balas,,bahkan saya bantu awak lagi,,,saya cuba yang terbaik untuk awak,,SAMPAINYA HATI AWAK MHM,,,ALLAH je tau hati saya macam mana,,,xpe,,alasan x munasabah,,,saya tau awak xde alasan lain nak gunakan untuk buang saya,,,xpe,,ALLAH adil,,,saya doakan yang terbaik untuk awk,,thanx 4 everything,,hati terlalu perit,,6 tahun bukan 6 bulan,,ALLAH,,,ALLAH,,kau je yang tau macam mana hati ni selama ini,,,sungguh aku terlalu terluka,,,itupun dia nak beritau lepas dia nikah...haha..awak,,awak,,nape awak x bagitau je lpas awak da dapat anak????kenapa???apa awak dapat dengan memperlakukan saya macam ni,,alhamdulillah ya ALLAH,,aku terima kiranya ini dugaan besar bagi ku..percaturan hidup ini sangat indah...kau berselindung,,akhirnya ALLAH tunjukkan jugak,,,alhamdulillah,,,dan hari ni,,,hatiku sekeras batu tiada daya untuk menangis,,,bagus lah awak carik saya untuk beli cincin tunang awak..saya akan layan awak walaupun smua orang benci saya masih melayan awak baik...sebab apa awak tau, sya pernah syangkn awk,,saya hanya mendoakan yang terbaik untk awk...trima kasih,,aku bangkit berdiri setelah 6 tahun aku memakan hati,,,pelbagai kerenah awak saya layan yang masih saya bersabar...alasan awk gunakan untuk saya tinggalkan awk is nonsense..somehow, i thank u for doing this to me..HURT im HURT,,, thanx ALLAH..

Monday, August 27, 2012

Zaman Kegelapan

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin..takabbal minna wa minkum.. :) yeay raya! :( raya.. kenape sedih sebut raya dan kenape gembira sebut raya???hemmm..x tau la ALLAH terima ke x amalan waktu bulan ramadhan,,tu yang sedihnya,,tapi cukup gembira di bulan syawal kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, cikgu2 yang da lama x gi jenguk,, (maafkn fuza cikgu,,tp at least tiap kali pas solat msti doakn cikgu,,:)cuma x sempat nk menjengah je,,tapi ingt cikgu2 lg) n dpt berjumpa kawan2 lama...huhu...seronok jugak la..sempena bulan syawal ni, saya akhirnya berhijrah,,,hemm...berhijrah smula kot..dulu2 da elok2 ikut perintah ALLAH,,terpesong sikit,,,:( kiranya zaman gelap la tu kn..hemm..pastu da sedar lama sangat berada dalam kemurkaan ALLAH,,fitrah untuk kembali kepada ALLAH datang balik..Alhamdulillah,,,ALLAH tak mengambil nyawaku ketika dalam zaman kegelapan dan masih lagi memberi pelung bernafas hingga saat ini hidup di bumi ini..

Ya ALLAH,sesungguhnya aku sedar aku pernah terleka dan terpesong dari jalanMU...kembalikanlah aku ke jalan yang benar...tiada lain yang ku minta kecuali kekalkanlah aku dan istiqamahkanlah aku dalam kebaikan yang telah aku lakukan dan tabahkan aku menghadapi setiap ujian yang KAU berikan kepadaku.Sesungguhnya aku tahu bahawa setiap ujian yang kau berikan sesuai dengan kemampuanku..

Nak cerita tentang zaman gelap, macam2 yang berlaku..ALLAH jela yang tahu..hemm..alhamdulillah,,bahagia sebab sekarang ni berada di samping keluarga yang tercinta..x rasa da nk duduk jauh dari family lagi..kadang2 terfikir jugak macam mana la kawan2 yang duduk overseas yg kadang2 je dapat call family..hemm..tabahnya diorang..hati selalu cakap camtu.hemm...takpela,,orang lain nak tabah camtu takpela,,tak terasa iri hati pun untuk berada di perantauan..cukuplah berada bersama keluarga, sudah cukup membahagiakan hati ini..

Bila raya ni, mula la pegang handphone, bukanlah untuk menunjuk, cuma kalaulah boleh, nak je jumpa smua orang yang pernah mengenali diri ini nak memohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan tersalah kata..Dunia pun makin canggih, so guna jela handphone, kalau yang duduk jauh2 x mampu nak jumpa, so yang jauh2 mesej jela,,asal dapat memohon maaf, lega la sikit..Nak diceritakan zaman kegelapan tu berlaku, bila timbul fitnah, kononnya kita x buat kerja la and so on....malas nak cerita, tapi nak jugak cerita untuk dijadikan tauladan..Si fulanah ni membuat cerita yang tidak betul kepada supervisor a.k.a lecturer yang jaga untuk FYP atau final year project,,banyak kali dia buat salah,,,kawan2 saya tau siapa yang salah dan siapa yang betul,,alhamdulillah la lega akhirnya dapat jugak bergraduat walaupun rsa sem akhir ni yang penuh dengan dugaan dan macam x sempat menyempat nak buat semua benda sebab ambil 25 jam kredit, lebih daripada sepatutnya yang banyak dibantah keras oleh pensyarah saya..alhamdulillah sekali lagi akhirnya waktu itu telahpun berlalu, walaupun saya tiada buat apa2 kesalahan pada dia, saya minta maaf juga kepada dia..walaupun da tiga kali maafkan dia,,hemmm...xpela...maafkan jela lagi skali ...hati jadi tenang... :)ikut teladan rasullullah macam mana jahat pun orang buat kat kita, kita buat je baik pada dia.. insya'ALLAH ALLAH akan buka hatinya untuk berkelakuan baik terhadap orang lain pula..huhu..

p/s : saya senang untuk memohon maaf andai benar ada buat salah dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan salah pada saya..

Akhir kata...hidup ni sekejap je,,,pinjaman sementara,,,kalau dapat berjihad bak kata mak,, kita jadi barisan pertama yang memerangi musuh... ALLAHU AKBAR..Luv U ALLAH,,luv u Muhammad.. :)

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan bakal berlalu dan Syawal bakal menjelma..

Assalamualaikum...
Lama tidak dapatku menjenguk blog ini disebabkan kesibukan dengan tempoh latihan industri tambahan pula sudah berada di bulan ramadhan..Alhamdulillah diri ini masih berkesempatan menunaikan ibadah terawikh bersama ibunda tercinta di kampung halaman..Semoga cuti yang hampir berakhir cukup untukku bawa sebagai kenangan untuk tempoh setahun tidak dapat pulang ke baiti jannati ini.. Di sempena bulan yang mulia ini dan setelah beberapa ketika meninggalkan blog ini,rsa terpanggil untuk berkongsi beberapa keistimewaan ramadhan yang umumnya telah diketahui ramai tetapi hanya sekadar perkongsian juga untuk yang masih tidak ketahui dan hanya menjadikan santapan ringan rohani untuk yang telah ketahui dengan mendalam.. :)

1.Puasa ramadhan adalah rukun yang keempat dalam Islam. Firman ALLAH : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Islam didirikan di atas lima sendi, iaitu : syahadah tiada sembahan yang haq selain ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram." ( Hadis Muttafaq 'Alaih).

Ibadah puasa merupakan satu sarana penting untuk mencapai takwa dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan darjat. ALLAH telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.

Firman ALLAH dalam hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w :
"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Dan sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Maka untuk memperoleh keampunan dengan puasa Ramadhan harus ada dua syarat berikut :
i) Mengimani dengan benar akan kewajipan ini.
ii) Mengharap pahala kerananya di sisi ALLAH.

2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.

3. Pada bulan ini disunatkan solat tarawikh, iaini solat malam pada bulan Ramadhan untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan khulafa' arrasyidin.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq Alaih)

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang mendirikan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq Alaih)
Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada malam-malam lainnya.

5. Pada bulan ini terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar yang pada keesokan harinya ALLAH membezakan antara yang haq dan yang bathil sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

6. Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Mekkah dan ALLAH memenangkan RasulNya sehingga masuklah manusia ke dalam agama ALLAH dengan berbondong-bondong  dan Rasulullah menghancurkan syirik dan paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah dan Makkah pun menjadi negeri Islam.

7. Pada bulan ini pintu-pintu syurga terbuka pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat.

Banyak berkat dan kebaikan serta kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya dan memperoleh keuntungan.

Sabda Rasulullah s.a.w : " Jibril datang kepadaku dan berkata  , Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan namun setelah bulan Ramadhan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan maka jika ia mati masuk Neraka. Semoga ALLAH menjauhkannya. Katakan : Amin!. Aku pun mengatakan : Amin!." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)


Ps: Rindunya Nabi Muhammad..Pernah terdengar kalau kita peluk Lailatul Qadar tu, kita boleh buat hajat dan insya'ALLAH akan dimakbulkan..Satu jek hajat yang tak tertanggung rasa nak mohon dari ALLAH...hajat dihati nak jumpa nabi Muhammad..walau diri taklah sehebat mana..tapi teringin sangat..moga ALLAH perkenankan doaku ini.. Amin.. :)

Friday, April 22, 2011

Abwabil Imtihan

Imtihan..Imtihan..Imtihan...Exam...Exam...Exam..Exam datang lagi...Malas terasa untuk belajar.. :(
Manusia, mudah lupa... Terlupa pulak exam ni perlu dilakukan bersungguh-sungguh since saya bersaing dengan non-muslim..Bila terfikirkan nape ye kita perlu belajar bersungguh-sungguh???Kenapa kita kena mendapatkan result yang terbaik??Untuk apa semua itu??Sedangkan kalau tak belajar bersungguh-sungguh tak dapat 4 flat pun masih lagi boleh mencari kerja yang halal...Asalkan dapat duit untuk menyara hidup..Tak perlukan duit yang banyak sedangkan boleh sahaja hidup besederhana asalkan lepas duit untuk keperluan harian...Hermm...Fikir...Fikir...Fikir...

Ampunkan dosaku Ya ALLAH..kadang ku terlupa..Perlunya aku belajar bersungguh-sungguh bukan untuk sesiapa, tetapi untukMU ya ALLAH..aku perlu berjaya, mendapat gaji sebesar yang mungkin, bukan untukku menikmatinya dengan membeli kereta mewah, rumah yang besar, sebaliknya untuk saudara seislam ku yang lain ya ALLAH yang masih miskin..Masih ramai saudaraku yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran, sedangkan aku diberi peluang olehMu leka dengan nikmat yang KAU berikan..Lupanya aku bahawa aku perlu belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat menewaskan orang-orang kafir luar sana, supaya aku wanita islam dipandang tinggi oleh agama lain bukan untuk membangga diri tetapi untuk membanggakan nama agamaMU.. Lupanya aku ya ALLAH, aku perlukan gaji yang besar supaya mudah aku menggunakan duit itu di jalan dakwahMu dan tidaklah ummatMU meminta dari agama lain..Malunya aku ya ALLAH...Aku lupa segala nikmat yang KAU berikan bukan untukku sahaja tetapi untuk dikongsikan bersama saudara-saudara seislamku..Lupanya aku bahawa telah Kau berpesan agar umat islam tidak boleh miskin untuk trus disegani.. ya ALLAH, ampunkan dosa ku kerana lali dan leka..mudah-mudahan aku dapat trus maju untuk membantu agamaMU ya ALLAH..love YOU..

Dengan sepanjang sebulan ni yang terlalu sukar ku rasakan KAU timpakan aku dengan pelbagai dugaan, aku terima ya ALLAH..yang pasti di setiap ujian dan dugaan MU itu, ada sebabnya...Love you ALLAH n my boyfriend MUHAMMAD s.a.w..Mudah-mudahan segala exam dapat dijawab dengan hati yang tenang dan ALLAH membantuku mengingati segala ilmu yang telahku pelajari.. Berilah kejayaan cemerlang untukku ya ALLAH dan juga kepada seluruh umat Islam yang sedang sama berjihad di medan peperiksaan.hanya untukMU ya ALLAH.. :)





Saturday, April 9, 2011

Jadikan aku setabah isteri2 nabi MUHAMMAD....

New DAy....

Assalamualaikum diari ku sayang..semalam fuza terbaca sebuah blog..kisah yang amat sedih..sedih sangat...x sangka kisah begitu wujud sebenarnya dalam hidup ini..biasanya kisah macam tu hanya wujud di kaca tv..itu yang ku fikirkan..hakikatnya, kisah begitu tidak berlaku terhadap keluarga ku..itu sebenarnya sebab fuza sukar untuk mempercayai..rupa-rupanya selama ni ALLAH telah kurniakan ku nikmat keluarga yang hanya fuza nampak sebagai nikmat kecil..tetapi sebenarnya nikmat keluarga yang telah ALLAH berikan itu pun sudah cukup banyak kepadaku ya ALLAH....ya ALLAH, aku sangat bersyukur alhamdulillah atas segala nikmat yang kau berikan ya ALLAH...kerana fuza da biasa melihat disekeliling fuza yang hidup dengan nikmat keluarga yang KAU berikan ya ALLAH, aku kadang terlepas pandang dan lupa untuk mentaati dan mensyukuri pemberian nikmat keluarga yang KAU berikan kepadaku ya ALLAH...sungguh aku beruntung masih dapat menikmati nikmat keluarga yang KAU berikan..Sungguh aku amat mengagumi ketabahan yang dimiliki empunya blog itu..sungguh tabah..dan sungguh cinta mereka sejati..itulah hasilnya ya ALLAH insan yang sangat mencintaimu..hatiku sedih mengenangkan dugaan yang KAU berikan kepadaNYA..tetapi sedih lagi hati insanMU yang diuji itu ya ALLAH..berilah mereka kebahagiaan hakiki ya ALLAH..doaku kepada ummufathi itu, kau temukanlah mereka sekeluarga di taman syurga ya ALLAH..sungguh indah percintaan mereka di atas namaMU ya ALLAH...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,” Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”
(Riwayat Bukhari)



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)




YA ALLAH, sesungguhnya setiap pemberianMU itu terlalu banyak ya ALLAH...andai aku dihidupkan bermula di zaman ADAM sekalipun tidak jua aku mampu membalasnya ya ALLAH..Subhanallah..terlalu banyak nikmat yang KAU berikan..Alhamdulillah..Syukur ya ALLAH akan ku lakukan segala perintahMU sebagai bukti kesyukuranku walau hakikatnya tidak termampu untuk ku balasi setiap nikmat yang KAU berikan..Pengajaran untuk diriku cintakan ALLAH dan Muhammad lebih dari makhluk lain.. :)


Thursday, April 7, 2011

Permulaan hati yang baru...

Assalamualaikum diari yg ku sayangi..hari ini hatiku tersentuh melihat gambar2 perkahwinan muslimah2..adakah aku sebenarnya menginginkan juga kebahagiaan itu..ye..tetapi ALLAh tidak menemukanku lagi dengan jodohku..Mungkin ALLAH memberiku ruang untung membetulkan segala kelemahanku dengan menggantikan dengan kebaikan...Ya ALLAH, hati ini gersang untuk memiliki sebuah cinta yang sejati dari seorang kaum Adam..andai benar masih ada jodohku, pastikan aku memiliki cinta seorang lelaki yang dapat membawaku ke syurgaMU ya ALLAH..pastikan dirinya sehebat MUHAMMAD..moga aku dapat berdakwah di jalan lurus dalam agamaMU..aku inginkan kebahagiaan, tetapi andainya dugaan dan keperitan yang kau berikan, aku akan bersangka baik denganMU ya ALLAH..sungguh cinta MU hakiki, dan aku berharap agar kau sentiasa membantuku menjaga imanku..kerana aku hamba MU yang lemah, aku terkadang alpa dan leka untuk menjalankan tanggungjawab dan kewajipanku..ya ALLAH, jauhkan aku dari kebinasaan dan seksaan api neraka kelak ya ALLAH..sungguh kadang kala aku terlupa akan perkara kecil yang mampu mendorongku ke neraka, tetapi hanya kau yang sentiasa berjaga ya ALLAH dan hanya kaulah PEMILIK hatiku ini, maka bantulah aku dalam setiap perkara yang aku lakukan ingatkanlah aku bahawa setiap saat yang kau berikan kepadaku adalah nikmat dan anugerah dariMU ya ALLAH janganlah KAU lekakan ku walau hanya sebentar kerana mungkin sahaja aku mati didalam kelalaian, dan aku minta untuk dijauhkan dari itu dan aku mohon kepadaMU ya ALLAH matikanlah ku dalam agama MU agama ISLAM AD DIN agama terbaik ya ALLAH..