Basmalah...

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan bakal berlalu dan Syawal bakal menjelma..

Assalamualaikum...
Lama tidak dapatku menjenguk blog ini disebabkan kesibukan dengan tempoh latihan industri tambahan pula sudah berada di bulan ramadhan..Alhamdulillah diri ini masih berkesempatan menunaikan ibadah terawikh bersama ibunda tercinta di kampung halaman..Semoga cuti yang hampir berakhir cukup untukku bawa sebagai kenangan untuk tempoh setahun tidak dapat pulang ke baiti jannati ini.. Di sempena bulan yang mulia ini dan setelah beberapa ketika meninggalkan blog ini,rsa terpanggil untuk berkongsi beberapa keistimewaan ramadhan yang umumnya telah diketahui ramai tetapi hanya sekadar perkongsian juga untuk yang masih tidak ketahui dan hanya menjadikan santapan ringan rohani untuk yang telah ketahui dengan mendalam.. :)

1.Puasa ramadhan adalah rukun yang keempat dalam Islam. Firman ALLAH : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Islam didirikan di atas lima sendi, iaitu : syahadah tiada sembahan yang haq selain ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram." ( Hadis Muttafaq 'Alaih).

Ibadah puasa merupakan satu sarana penting untuk mencapai takwa dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan darjat. ALLAH telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.

Firman ALLAH dalam hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w :
"Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Dan sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq 'Alaih)

Maka untuk memperoleh keampunan dengan puasa Ramadhan harus ada dua syarat berikut :
i) Mengimani dengan benar akan kewajipan ini.
ii) Mengharap pahala kerananya di sisi ALLAH.

2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.

3. Pada bulan ini disunatkan solat tarawikh, iaini solat malam pada bulan Ramadhan untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan khulafa' arrasyidin.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq Alaih)

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang mendirikan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari ALLAH nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq Alaih)
Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada malam-malam lainnya.

5. Pada bulan ini terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar yang pada keesokan harinya ALLAH membezakan antara yang haq dan yang bathil sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

6. Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Mekkah dan ALLAH memenangkan RasulNya sehingga masuklah manusia ke dalam agama ALLAH dengan berbondong-bondong  dan Rasulullah menghancurkan syirik dan paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah dan Makkah pun menjadi negeri Islam.

7. Pada bulan ini pintu-pintu syurga terbuka pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat.

Banyak berkat dan kebaikan serta kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya dan memperoleh keuntungan.

Sabda Rasulullah s.a.w : " Jibril datang kepadaku dan berkata  , Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan namun setelah bulan Ramadhan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan maka jika ia mati masuk Neraka. Semoga ALLAH menjauhkannya. Katakan : Amin!. Aku pun mengatakan : Amin!." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)


Ps: Rindunya Nabi Muhammad..Pernah terdengar kalau kita peluk Lailatul Qadar tu, kita boleh buat hajat dan insya'ALLAH akan dimakbulkan..Satu jek hajat yang tak tertanggung rasa nak mohon dari ALLAH...hajat dihati nak jumpa nabi Muhammad..walau diri taklah sehebat mana..tapi teringin sangat..moga ALLAH perkenankan doaku ini.. Amin.. :)