Basmalah...

Monday, August 27, 2012

Zaman Kegelapan

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin..takabbal minna wa minkum.. :) yeay raya! :( raya.. kenape sedih sebut raya dan kenape gembira sebut raya???hemmm..x tau la ALLAH terima ke x amalan waktu bulan ramadhan,,tu yang sedihnya,,tapi cukup gembira di bulan syawal kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, cikgu2 yang da lama x gi jenguk,, (maafkn fuza cikgu,,tp at least tiap kali pas solat msti doakn cikgu,,:)cuma x sempat nk menjengah je,,tapi ingt cikgu2 lg) n dpt berjumpa kawan2 lama...huhu...seronok jugak la..sempena bulan syawal ni, saya akhirnya berhijrah,,,hemm...berhijrah smula kot..dulu2 da elok2 ikut perintah ALLAH,,terpesong sikit,,,:( kiranya zaman gelap la tu kn..hemm..pastu da sedar lama sangat berada dalam kemurkaan ALLAH,,fitrah untuk kembali kepada ALLAH datang balik..Alhamdulillah,,,ALLAH tak mengambil nyawaku ketika dalam zaman kegelapan dan masih lagi memberi pelung bernafas hingga saat ini hidup di bumi ini..

Ya ALLAH,sesungguhnya aku sedar aku pernah terleka dan terpesong dari jalanMU...kembalikanlah aku ke jalan yang benar...tiada lain yang ku minta kecuali kekalkanlah aku dan istiqamahkanlah aku dalam kebaikan yang telah aku lakukan dan tabahkan aku menghadapi setiap ujian yang KAU berikan kepadaku.Sesungguhnya aku tahu bahawa setiap ujian yang kau berikan sesuai dengan kemampuanku..

Nak cerita tentang zaman gelap, macam2 yang berlaku..ALLAH jela yang tahu..hemm..alhamdulillah,,bahagia sebab sekarang ni berada di samping keluarga yang tercinta..x rasa da nk duduk jauh dari family lagi..kadang2 terfikir jugak macam mana la kawan2 yang duduk overseas yg kadang2 je dapat call family..hemm..tabahnya diorang..hati selalu cakap camtu.hemm...takpela,,orang lain nak tabah camtu takpela,,tak terasa iri hati pun untuk berada di perantauan..cukuplah berada bersama keluarga, sudah cukup membahagiakan hati ini..

Bila raya ni, mula la pegang handphone, bukanlah untuk menunjuk, cuma kalaulah boleh, nak je jumpa smua orang yang pernah mengenali diri ini nak memohon maaf andai pernah terkasar bahasa dan tersalah kata..Dunia pun makin canggih, so guna jela handphone, kalau yang duduk jauh2 x mampu nak jumpa, so yang jauh2 mesej jela,,asal dapat memohon maaf, lega la sikit..Nak diceritakan zaman kegelapan tu berlaku, bila timbul fitnah, kononnya kita x buat kerja la and so on....malas nak cerita, tapi nak jugak cerita untuk dijadikan tauladan..Si fulanah ni membuat cerita yang tidak betul kepada supervisor a.k.a lecturer yang jaga untuk FYP atau final year project,,banyak kali dia buat salah,,,kawan2 saya tau siapa yang salah dan siapa yang betul,,alhamdulillah la lega akhirnya dapat jugak bergraduat walaupun rsa sem akhir ni yang penuh dengan dugaan dan macam x sempat menyempat nak buat semua benda sebab ambil 25 jam kredit, lebih daripada sepatutnya yang banyak dibantah keras oleh pensyarah saya..alhamdulillah sekali lagi akhirnya waktu itu telahpun berlalu, walaupun saya tiada buat apa2 kesalahan pada dia, saya minta maaf juga kepada dia..walaupun da tiga kali maafkan dia,,hemmm...xpela...maafkan jela lagi skali ...hati jadi tenang... :)ikut teladan rasullullah macam mana jahat pun orang buat kat kita, kita buat je baik pada dia.. insya'ALLAH ALLAH akan buka hatinya untuk berkelakuan baik terhadap orang lain pula..huhu..

p/s : saya senang untuk memohon maaf andai benar ada buat salah dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan salah pada saya..

Akhir kata...hidup ni sekejap je,,,pinjaman sementara,,,kalau dapat berjihad bak kata mak,, kita jadi barisan pertama yang memerangi musuh... ALLAHU AKBAR..Luv U ALLAH,,luv u Muhammad.. :)